
Kerana saya benci pada kisah dongeng yang direka-reka
Sampai kamu tak henti bercakap tentangnya
Kerana saya tak boleh lupakan zaman kelam saya
Sampai sesak dada saya lari dari nya.
Kerana saya gagal menapisnya dengan tapisan akhirat
Sampai tak bermanfaat jadinya
Mungkin ini jalan yang terbaik. Rupanya tak cukup saya lari dari dunia YM.. Saya perlu ucapkan selamat tinggal utk FB juga. Mungkin selepas ini blog juga bakal terkorban.
Rupanya belum tegar mujahadah saya. Belum siap menyerah segala-galanya.
Entah dosa apa yang saya buat, sampai 10 dekad pun manusia tak berhenti bercerita. Sampai bertukar musim pun tajuk cerita masih sama.
Kalau kerana single itu umpan fitnah, takkan nak couple pulak?
single pun kecoh, couple pun kecoh
Pelik2 betul manusia ni..
Semoga saya terus hilang dari dunia itu. Semoga saya tak perlu jawab begini dan begitu lagi. Supaya saya tak perlu risau begitu begini lagi. Entah berapa puluh kali saya nafikan. Penat.
Semoga inilah khatimah cerita itu. Saya tidak beremosi lagi Saya letih melayan itu dan ini.
Jahil dan menjahilkan
Sungguh saya benci pada diri yang tak bosan pada kelekaan.
Mohon kekuatan dariNya agar dijauhkan fitnah dunia dan azab akhirat~
kadang-kadang saya berharap, kamu tak pernah kenal saya.. kerana mungkin apa yang kamu tahu adalah dusta.. dan segala apa yang di konklusi itu akhirnya jadi fitnah luar biasa buat saya.
Tak. Saya tak marah, cuma saya rasa kurang selamat. Dan malu. Malu pada yg mangsa gosipan terbabit. Malu pada diri sendiri. Fahamkah anda malu yg bagaimana? Macam diri takda harga pula.. dicanang cerita sana sini.. kalau betul xpa juga.. silap2 haribulan.. anda dapat kad berbau ros. Tapi ini cerita dongeng semata-semata.
Saya jadi bahan gurauan orang yang kebosanan. Agaknya kasihan melihat saya single? pelik.
Makin lama makin menjadi pula. Bayangkan dlm masa 24 jam ada 3 org bercakap tajuk yg sama? mula-mula ok. layankan saje.. siap amin lagi.. layan~ layan~. masuk orang ketiga. dah naik ke otak pula tensennya. mak aii.. hotstuff bebenor.. yg dia tu tanak pulak cari utk diri sendiri ek?
Yg best tu..". yg kat malaysia cakap Isi dia orang mesir.. yg kat mesir cakap yg si dia orang malaysia. .haa.. elok sangat~ saya yg kat tengah2 "gelak" jela.. seronok ke? ^_^
kira okay lagi dari kes yang tetiba saya dah "bertunang" nasib baik tak heart attack mak abah dikampung
nk bergurau pun berpada lah kot.. tak perlu match-make kan saya. Saya OK begini. Hati kosong di isi benda-benda lain. Saya pun tak minat nak berkomitmen sedang ada 1600++ lagi hari sebelum Grad.
yang sudah tu sudahlah ek..
Delete and defrag all your memories . And please don't update. Let it settle there and then. ;)
p/s= kalau rasa2 teringin nak gosip2 tu.. pakai lah name temah ke.. cik mek ke.. jangan guna nama saya lagi.. ingat larat ke nak jawab kat tuan punya badan tu.. lagi2 yang dah jadi harta org tu.. tak ke naya saya kene lesing dgn bakal isteri beliau. ya rabb.. xnak aku~
3 comments:
terasa aku..
=.="
kau tuju pada aku kah syaimaa ?
xdelah.. demi kekebaikan bersama, baik ak lari..
dah penat dgr org bercakap..
atleast lepas ni klau org nk usik2 ak dah x dgr da.. :)
Post a Comment