sebuah cinta dan harapan,-sudirman-
menjadi debu berterbangan.
Tersekat nafasku, kabur pandangan mataku
amat terseksa jiwaku kerna kehilangan mu
Mengapakah terus mengharap menanti
walau cukupku sedari kau takkan kembali..
saat aku menongkah masa depan
kisah silam kembali mengusik ingatan
andai semua mudah bagai perkataan
sungguh takkan cinta aku lepaskan.
rindu pada zaman kebahagiaan
walau bukan kasih didalam dakapan
hanya nama yang segar tersimpan
masih harum, masih mekar dengan harapan.
dalam pelbagai rupa cinta aku diajarkan
bukan kekasih bukan suri idaman
tapi kasih mesra sesama insan
juga cinta hamba kepada Tuhan.
saat kasih mulai kelam
rindu pula memberi salam
sungguh walau jauh tidak berbalam
di lipatan kenangan hati terdalam.
rindu pasa saat lalu. memori yang mengusik emosi. zaman sekolah. zaman meniti kedewasaan. zaman mengenal erti pengorbanan.
semoga mereka-mereka yang aku kasihi dan rindui dilindungi Allah selalu. Tuhan, khabar kepada mereka, aku kasih, aku rindu..
0 comments:
Post a Comment